Faedah-Faedah

Pengecualian Cukai

Setiap sumbangan kepada ABIM adalah dikecualikan dari cukai. Resit akan diberikan kepada penyumbang manakala penyata tahunan akan dihantar bagi infaq melalui PKA25. Melalui PKA25, anda boleh menyumbang terus kepada ABIM melalui potongan dari akaun bank yang dipersetujui secara Inter Bank Giro (IBG). Sumbangan kepada ABIM boleh dibuat sungguhpun ianya daripada institusi kewangan yang berbeza.

Akhir Kata

ABIM amat menghargai setiap sumbangan yang dikeluarkan tidak kira berapa besar jumlahnya. Kami percaya bahawa setiap sen sumbangan tersebut adalah lambang keikhlasan dari hati nurani penyumbang. Oleh itu, ABIM menjemput para penyumbang untuk hadir dalam mana-mana program yang dianjurkan di peringkat agensi, daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Kami menggalakkan agar setiap sumbangan didaftarkan bagi membolehkan maklumat penyumbang dapat disimpan dan hebahan tentang program serta aktiviti ABIM dapat disampaikan.

Sumbangan anda adalah nadi kepada gerakan ini dan anda adalah sebahagian daripada hamba Allah yang mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap nasib umat. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran sebaiknya untuk anda sekeluarga di dunia dan akhirat.
Jazakallahu khairan kathira.