Ke mana Infaq anda nanti disalurkan?

Ke mana Infaq anda nanti disalurkan?

Program ABIM dijalankan melalui lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara. Selain itu, ABIM mempunyai beberapa agensi dan badan afiliasi di bawahnya yang akan menggerakkan segala program  seperti Islamic Outreach ABIM (IOA), Global Peace Mission Malaysia (GPM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH), Kolej Darul Hikmah (KDH), Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Hospital Pakar Al Islam dan lain-lain lagi.

Infaq secara tetap mudahkan urusan sumbangan secara berterusan (PKA25)

Projek kewangan ABIM 25 (PKA25) merupakan projek terbaru ABIM dalam usaha untuk memperkasakan kedudukan kewangan ABIM demi memastikan projek-projek dalam perancangan melalui program PEMBELA, PRIHATIN dan PENDIDIK dapat dilaksanakan dengan jayanya. PKA25 adalah merupakan cara yang senang untuk berjariah.
Ianya terbuka kepada semua ahli ABIM untuk menyumbang menggunakan kaedah pemindahan “interbank”. Ini bermakna sumbangan kepada ABIM boleh dibuat daripada institusi kewangan yang berbeza.