Penghargaan Daripada Presiden ABIM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Didoakan agar saudara-saudari sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan yang diberikan kepada ABIM. Sumbangan tersebut melambangkan keprihatinan saudara-saudari dalam memastikan masyarakat Islam di Malaysia ini mendapat pembelaan sewajarnya sesuai dengan gagasan ABIM sebagai Jurubicara Ummah. ABIM tetap komited di dalam usahanya untuk membina generasi
berkualiti yang mampu mendepani zamannya melalui program-program seperti pendidikan, keagamaan, kemasyarakatan, ekonomi dan kesihatan. Sumbangan saudara-saudari itu pastinya akan melancarkan segala program tersebut menepati dengan penubuhan ABIM sebagai gerakan Ummah untuk Ummah. Kami berdoa agar sumbangan yang diberikan akan dibalas dengan sebaik balasan oleh Allah swt.

Terima kasih, Wassalamualaikum.
Presiden ABIM