Siapa Kami?

Siapa Kami?

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan
ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia.  ABIM sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti politik dalam usaha dakwahnya.

Kami perlukan Infaq anda

ABIM memerlukan sumbangan untuk membiayai pelbagai program dakwah dan tarbiyahnya. Ini meliputi program di dalam dan luar negeri di mana bantuan dan sokongan gerakan Islam seperti  ABIM diperlukan. Dana yang dikumpul akan digunakan dalam program dan aktiviti seperti bantuan asnaf (fakir miskin, anak yatim & golongan muallaf), perlindungan kanak-kanak & wanita, pembangunan institusi pendidikan & wacana pemikiran Islam, bantuan ke kawasan bencana serta membela nasib umat di dalam isu-isu semasa seperti kes murtad, dialog di antara agama dan kes masalah sosial. Selain daripada itu ABIM juga menganjurkan program pembangunan generasi seperti program bina insan, seminar kepakaran dan keilmuan.